Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » D» Daun Eucommia
Pencarian


Daun Eucommia
 

 

Daun Teh Eucommia Organik daripada Kaihua County, Zhejiang Cina
 

 

Teh yang popular di Jepun
 

Orang Jepun merupakan masyarakat yang pertama menjadikan daun Eucommia sebagai teh kesihatan. Hari ini, masyarakat Jepun menjadikan daun teh Eucommia sebagai teh pembina kesihatan yang sangat popular di Jepun. Setiap tahun, Jepun mengimport daun Eucommia dalam kuantiti yang besar bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Terdapat beberapa buku tertulis tentang faedah-faedah daun teh Eucommia & penyelidikan yang telah dilakukan oleh Universiti Nihon, Universiti Toyama & Universiti Hokaida untuk memastikan faedah kesihatannya.


Kegunaan Perubatan Melebihi 2000 Tahun

Salah satu daripada material medica Cina yang terawal "Herbal Shen Nong" yang ditulis oleh Shen Nong pada 100 sebelum masehi mengkategorikan Eucommia sebagai herba yang hebat dan boleh diambil dalam kuantiti dan dalam tempoh masa yang panjang tanpa ketoksidan, menyuburkan serta mempunyai kesan menguatkan kesihatan. Materia medica tersebut menyatakan kegunaan perubatan untuk : merawat sakit belakang yang kronik, menambah stamina, berfaedah untuk qi, menguatkan urat dan tulang, menghilangkan gatal di bahagian sulit dan aliran urin. Ia juga menyatakan dengan pengambilan dalam tempoh masa yang panjang, jangka hayat hidup akan lebih lama.


Konstituen Aktif dalam Daun Eucommia Lebih Tinggi Berbanding Kulit Kayu

Analisi yang dijalankan oleh makmal menunjukkan nutrien yang ditemui dalam daun dan kulit kayu secara dasarnya adalah sama, tetapi daunnya mempunyai kandungan aktif konstituen aktif yang lebih tinggi berbanding kulit kayu

 

Empat Faedah Kesihatan Mengamalkan Teh Daun Eucommia dan Penyelidikannya

1. Kesan dalam merendahkan tekanan darah

  •  Penyelidikan oleh Universiti Harvard, Universiti Winconsin dan Universiti Louisiana telah memastikan kesan Eucommia dalam merendahkan tekanan darah dan mengenal pasti pinoresinol diguloside, aucubin dan asid klorogenik sebagai sebatian yang bertanggungjawab untuknya
  • Pusat Penyelidikan Perubatan Timur dan Barat di China telah menggunakan daun teh Eucommia untk mengendalikan percubaan klinikal ke atas 28000 orang yang mempunyai tekanan darah tinggi untuk tempoh 2 tahun, dan keputusan yang baik telah diperolehi. Doktor yang mengetuai percubaan klinikal iaitu Dr Xu Liang Lin melaporkan penemuan tersebut di International Simposiun Pencegahan Penyakit Jantung dan Vaskular yang dianjurkan oleh WHO di Washington, dan telah mendapat perhatian para pakar yang mengambil bahagian daripada pelbagai negara
  • Dr Frank Greenway, Pengarah Perubatan di Pennington, Amerika Syarikat telah melengkapkan percubaan klinikal ke atas manusia selama lapan minggu secara rambang, dengan keputusan awalnya menunjukkan ekstrak penstandardan adalah selamat dan berkesan dalam merendahkan tekanan darah

 

2. Kesan dalam mengawal fungsi jantung dan vaskular

Penyelidikan oleh pelbagai universiti di China menunjukkan Eucommia mengandungi bahan tertentu yang menghalang angiotensin (salah satu faktor yang bertanggungjawab terhadap tekanan darah tinggi) dan mengawal fungsi jantung dan vaskular. Selain daripada itu, kandungan silikon yang tinggi mencecah 1580mm dan kalsium dalam Eucommia penting dalam mengawal fungsi jantung dan vaskular.

Dalam bulan Disember 2003, Jabatan Perubatan, Fakulti Kesihatan Sains, Universiti MsMaster, Hamilton ON, Kanada menerbitkan kajian yang mengesahkan tindakan vasorelaxan Eucommia Ulmoides Oliv. yang membentuk asas pharmakologikal untuk dokumentasi tindakan antihipertensif.

 

3. Kesan dalam merendahkan gula darah

Daun Eucommia telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat diabetis di Korea. Pada Disember 2004, Institut Penyelidikan Makanan dan Bio-Industri, Universiti Nasional Kyungpook, Daegu Korea Selatan telah menerbitkan kajian yang mengesahkan kesan hipoglesemik daun Eucommia. Pada tahun yang sama, Divisyen Penyelidikan Fungsi Makanan, Institut Penyelidikan Makanan Korea telah mengenal pasti Flavanol glikoside dalam daun Eucommia sebagai sebatian yang bertanggungjawab kepada tindakan anti-diabetes.

 

4. Kesan dalam mengurangkan lemak dan sintesis kolagen

Pharmaceutikal Kobayashi di Jepun telah menjalankan penyelidikan yang mengesahkan Eucommia Ulmoides membantu menjadikan sindrom metabolik bertambah baik. Dalam experimen ke atas tikus dikendalikan bersama Fakulti Perubatan Universiti Mie, ianya mengesahkan yang Eucommia Ulmoides menghalang pengumpulan lemak visera. Tambahan lagi, ia mepunyai kesan dalam meningkatkan paras adiponektin darah dan keupayaan penggunaan glukosa juga lebih baik.

Pada tahun 2000, penyelidikan di Universiti Nihon di Chiba, Jepun menerbitkan dua kajian menunjukkan kedua-dua daun dan kulit Eucommia Ulmoides mengandungi dua sebatian asid geniposidik dan aucubin yang meningkatkan sintesis kolagen tikus.

Penyelidikan di atas menjelaskan mengapamasyarakat Jepun meminum daun teh Eucommia untuk melangsing dan mengekalkan kulit yang sihat dengan memuaskan.

 

Persekitaran Pertumbuhan Yang Hebat di Daerah Kaihua

Daerah Kaihua mempunyai persekitaran pertumbuhan yang hebat untuk pokok Eucommia, dengan tanah separuh asid, suhu tahunan 16.3 C, huajn tahunan 1990mm dan sinaran matahari tahunan 1785 jam, semuanya penting untuk menghasilkan daun Eucommia berkualiti terbaik dan tiada bandingannya dengan daun Eucommia dari daerah-daerah lain.

 

Daun Teh Organik Eucommia Kaihua Rasa seperti Teh Hijau

Daun teh Eucommia Kaihua menggunakan daun Eucommia yang berkualiti terbaik dan segar dengan menggunakan teknologi penghasilan terkini, memberi anda faedah kesihatan teh yang rasanya seperti Teh Hijau tetapi lebih bernilai

Faedah Kesihatan:

  1. Anti-oksida & anti-penuaan
  2. Nyahkan toksin & merangsang sintesis kolagen dalam tubuh untuk memberi kesegaran pada kulit
  3. Merendahkan tekanan darah & menormalkan tekanan darah rendah
  4. Merendahkan gula darah
  5. Merendahkan lemak darah
  6. Menyuburkan buah pinggang & hati
  7. Memudahkan pengerakan bowel & mengatasi masalah sembelit
  8. Melangsingkan tubuh
  9. Menguatkan urat & tulang
  10. Menghilangkan sakit belakang yang kronik
  11. Menghilangkan keletihan & meningkatkan tenaga
  12. Meningkatkan fungsi imuniti
  13. Menenangkan saraf & untuk tidur yang lebih nyenyak
  14. Merangsang kelenjar pituitari-adrenal

Kandungan Daun Eucommia:

  1. 17 asid amino (termasuk semua asid amino yang penting)
  2. 21 mineral & unsur mineral (tinggi kandungan kalium, kalsium, besi & selenium)
  3. 15 jenis lignan & glikoside lignan (termasuk pinoresinol diglukoside bertanggungjawab untuk kesan hipotensif-menurunkan tekanan darah)
  4. 10 jenis iridoid (termasuk aukubin & geniposide bertanggungjawab untuk sintesis kolagen)
  5. 6 jenis organik asid (termasuk asid klorogenik bertanggungjawab untuk meneutralkan radikal bebas)
  6. Vitamin A, C, E & B6 dll
  7. Klorofil
  8. Catechin
  9. Kolagen Eucommia

Penyelidikan telah dijalankan oleh beberapa universiti berikut untuk memastikan keberkesanan herba Eucommia :-

Universiti North West Cina, Universiti Perubatan Cina, Universiti Perubatan Cina Beijin, Universiti Perubatan Cina Nanjin, Universiti Harvard, Universiti Wisconsin, Universiti Louisiana Amerika Syarikat, Universiti Nihon, Universiti Toyama & Universiti Hokaido Jepun, Universiti McMaster Kanada, Universiti Nasional Kyungpook Korea Selatan.

 Menurut Dr Hu Xiu Ying (professor daripada Universiti Harvard Amerika Syarikat):

 ”Eucommia merupakan herba semulajadi yang terbaik di dunia untuk merendahkan tekanan darah, yang tidak
   ada bandingannya dengan lain-lain ubat”

Cara minum:

  1. Rendamkan 1 uncang daun Eucommia dalam segelas air didih 350ml sekurang-kurangnya selama 10minit sebelum minum. Ianya boleh diulang sebanyak 3 kali atau lebih. Adalah lebih baik jika anda rendamkan 1 uncang teh di dalam termos air didih 1000ml & biarkan panas untuk diminum sepanjang hari.
  2. Adalah dicadangkan minum ketika perut kosong sebelum 3 hidangan. Minum sebelum sarapan setiap pagi & bersenam akan memberi kesan yang lebih baik.
  3. Ianya mengambil masa 1 hingga 4 bulan untuk melihat kesan terapuetik & melangsingkan badan.



I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.