Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » E» Ekstrak Daun Zaitun
Pencarian


Ekstrak Daun Zaitun
 

Ekstrak Daun Zaitun:

Bidang perubatan kuno telah menjadikan Olea europaea L atau lebih dikenali sebagai pokok zaitun sebagai penyembuh penyakit sejak 6000 tahun lampau.  Bahkan, seorang pakar perubatan kuno Hippocrates telah menggunakan minyak zaitun untuk menyembuhkan kolera, sakit otot dan ulser.  Oleh disebabkan khasiat kesihatan pokok zaitun yang banyak maka ia mula mendapat perhatian perubatan moden Barat.

Antara tahun 1827 – 1855 terdapat laporan dalam jurnal perubatan yang merujuk mengenai daun zaitun berpotensi dalam menyembuhkan penyakit malaria.  Selang beberapa abad kemudian, analisis biokimia yang dijalankan ke atas serbuk dedaun zaitun mendapati adanya ramuan aktif terasing yang dinamakan sebagai oleuropein (C25 H32 O13). Pada tahun 1969, para penyelidik syarikat farmasi terbesar iaitu Syarikat Upjohn dalam analisis seterusnya mendapati adanya kandungan yang dikenali sebagai kalsium elinolik iaitu produk sampingan kimia oleuropein.  Hasil kajian selanjutnya dijalankan oleh syarikat Upjonn terhadap ekstrak daun zaitun mendapati kandungan kalsium elinolik mampu menghalang pertumbuhan virus, bakteria, kulat, yis dan parasit protozoa.   Walaubagaimanapun, hasrat mereka untuk mempatenkan dan memasarkannya terbantut apabila didapati kalsium elinolik bertindak balas protein dalam serum darah telah menjadikannya tidak berkesan dalam rawatan.  Namun pada pertengahan 1990an, penemuan kaedah dalam mengatasi masalah tersebut telah menjadikan ekstrak daun zaitun sebagai khasiat tambahan anti mikrobio.

Dalam bukunya Olive Leaf Extract, Morton Walker, D.P.M. menyatakan keajaiban ramuan ini antaranya:

  • Penurunan tahap berbagai jenis patologikal mikro organisma – virus, retri virus, bakteria, spirochetes, rickettsiae, chlamydiae, kulat, yis, mold, protozoa, helminths dan lain-lain parasit.

  • Kelegaan radang arthiritik terutamanya osteoarthiritis dan rheumatoid arthiritis

  • Mengurangkan penggunaan insulin untuk mengawal simptom diabetes

  • Menurunkan tahap keletihan melampau dan simptom berkaitannya

  • Menyimpan tenaga berlebihan dengan stamina tinggi

  • Menormalkan denyutan jantung yang tidak sekata (arrhythmias)

  • Meningkatkan pengaliran darah dalam kardiovaskular dan/atau gangguan berkaitan vaskular

  • Mengurangkan kesakitan daripada hemorrhoids

  • Meredakan kesakitan gigi

  • Menghindari antioksida daripada radikal bebas

  • Menghapuskan jangkitan kulat seperti mycotic nails, athlete’s foot dan jock itch

  • Kelegaan segera daripada Malaria (protozoa), demam denggi (virus), dan lain penyakit Tropika kronik dan maut dengan demam sebagai simptom utamanya

  • Mencegah dan merawat secara efektif untuk semua jenis penyakit selesema termasuklah virus Epstein-Barr, cytomegalovirus, virus herpes, virus herpes-6 manusia, retrovirus, virus influenza, virus berkaitan sejuk dan HIV

  • Melawan hampir kesemua simptologi berkaitan Candida albicans dan organisma lain yang menyebabkan sindrom yis

  • Kematian dan perkumuhan berbagai parasit termasuk protozoa mikrosopik dan makrosopik cacing helminths

Menurut Dr. Walker, senarai di atas disediakan oleh pentadbiran oral ekstrak daun zaitun yang menunjukkan kehebatannya yang berkesan dan selamat.   Ini dibuktikan lagi dengan penemuan kajian oleh syarikat Upjohn terhadap kadar toksik kalsium elinolik dalam bateri dan ujian makmal terhadap binatang menunjukkan ianya adalah selamat dan tanpa toksik.

Malahan dalam bukunya, Dr. Walker menyenaraikan tidak kurang daripada 125 penyakit berjangkit yang mampu diubati dengan menggunakan ekstrak daun zaitun  yang bertindak sebagai agen mikrobio.  Ia dibuat berdasarkan khasiatnya yang didokumentasi dalam 25 kajian yang diterbitkan selama empat dekad.  Antaranya: AIDS hingga demam kuning, berkaitan dengan jangkitan kulat athlete’s foot, bladder (jangkitan pundi kencing), candidiasis, chicken pox (demam campak), chlamydia, Cholera (kolera), sindrom keletihan melampau (CFS), cold (kesejukan), cold sores (luka sejuk), crabs, cytomegalovirus (CMV), diarrhea (cirit birit), diphtheria, jangkitan telinga (otitis media), ebola Sudan, ebola Zaire, E. Coli O157:H7, Epstein-Barr, food poisoning (keracunan makanan), fibromyalgia (FM), Genital herpes, Genital warts, cacar German, giardia, gonorrhea, head lice (kutu kepala), heart arrhythmias, hepatitis A/B/C, influenza, penyakit Legionnaire, leprosy, lockjaw (penyakit kejang mulut), penyakit Lyme, malaria, virus Marburg, measles (cacar), mycoplasma pneumonia, mumps (penyakit gondok), plague, pneumonia, polio, psoriasis, rabies (penyakit anjing gila), retrovirus, rheumatoid arthiritis (microbially induced), ringworm (kurap), Rocky Mountain spotted fever, salmonella, demam scarlet, shingles (herpes zoster), smallpox, sexually transmitted diseases (STDs), syphilis (siflis), thrush, tuberculosis (batuk kering), demam typhoid, warts, whooping cough (batuk kokol) dan hampir 100 lagi.

Selalunya farmasi berhampiran mempunyai berbagai pilihan produk berasaskan ekstrak daun zaitun dalam berbagai kekuatan samada berbentuk tablet atau kapsul.  Dr. Walker mencadangkan kosentrasi oleouropein melebihi 6% atau 15% dan seeloknya diambil semasa perut kosong. 




I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.