Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » D» Deep Ocean Magnesium Oil
Pencarian


Deep Ocean Magnesium Oil
 

Kekurangan Magnesium Mengakibatkan Masalah Kesihatan Berikut:

1.   Mudah resah dan panik – magnesium (Mg) selalunya memastikan  tekanan hormon adrenal di dalam kawalan.

2.   Asma – kekurangan Mg meningkatkan pengeluaran histamine dan kejang bronkial.

3.   Darah beku – Mg memainkan peranan penting dalam mencegah pembekuan darah dan memastikan darah cair - seperti aspirin tetapi tanpa kesan sampingan.

4.   Penyakit ’bowel’ (pembuangan) – kekurangan Mg memperlahankan pembuangan najis yang menyebabkan sembelit, tubuh bertoksin dan kurang penyerapan nutrisi, mengakibatkan radang usus besar.

5.   Cystitis – kekurangan Mg mengakibatkan kejang / radang pundi kencing bertambah buruk.

6.   Depresi - hormon Serotonin bergantung kepada Mg dalam menentukan mood.  Kekurangan Mg di otak menyebabkan  ia lebih terdedah kepada alergen, mengakibatkan simptom yang sama seperti sakit mental

7.   Detoksifikasi – Mg penting untuk menyah bahan toksik dan logam seperti aluminium dan plumbum.

8.   Diabetes – Mg meningkatkan rembesan insulin, memudahkan metabolisma gula.  Tanpa Mg insulin tidak dapat memindahkan glukos ke dalam sel.  Glukos dan insulin terkumpul di dalam darah  yang menyebabkan berbagai jenis kerosakan tisu.

9.   Keletihan – pesakit yang kekurangan Mg selalunya mengalami keletihan disebabkan oleh puluhan sistem enzim yang tidak berfungsi.  Simptom awal kekurangan Mg adalah sering keletihan

10.  Masalah jantung – mereka yang mempunyai masalah jantung biasanya kekurangan Mg. Mg digunakan di hospital untuk masalah akut miokardium dan kardiaks arrhythmia.  Seperti otot lain, otot jantung juga memerlukan Mg.  Mg digunakan untuk merawat angina (pedih ulu hati)  atau sakit dada.

11.  Darah tinggi – tanpa Mg yang mencukupi, saluran darah menjadi kejang dan kolesterol meningkat, ini mengakibatkan masalah tekanan darah.

12.  Hipoglycemia- Mg memastikan insulin berada di dalam kawalan, tanpa Mg mengakibatkan gula darah rendah
 

13.  Imsonia – pengeluaran melatonin terganggu jika kekurangan Mg.
 

14.  Masalah buah pinggang – Kekurangan Mg menyebabkan pengerasan arteri buah pinggang (atherosklerotik). Kekurangan Mg menjadikan paras lipid tidak normal dan  memburukkan kawalan gula darah bagi pesakit yang melakukan pemindahan buah pinggang.
 

15.  Penyakit hati mengakibatkan kegagalan hati – disebabkan oleh kekurangan Mg.
 

16.  Migrain – keseimbangan hormon Serotonin bergantung kepada Mg.  Kekurangan serotonin boleh menyebabkan migrain, sakit kepala dan kemurungan.
 

17.  Kondisi Musculoskeletal – Fibrositis, fibromyalgia, kejang otot, mata mengerenyit, kejang / sakit leher dan belakang yang kronik  disebabkan oleh kekurangan Mg dan boleh disembuhkan dengan pengambilan Mg.
 

18.  Masalah saraf – Mg melegakan gangguan saraf peripheral di seluruh tubuh seperti migrain, kontraksi otot, kejang gastrointestinal, betis, kaki dan jari kaki.  Ia juga digunakan dalam merawat simptom saraf pusat vertigo.
 

19.  Obstetrics dan Gynecology - Mg mencegah sindrom premenstrual; mencegah dysmenorrhea (kejang semasa haid); penting dalam merawat masalah ketidaksuburan; mengurangkan kontraksi pramatang, preeclampsia dan eclampsia semasa mengandung.  Intravena Mg (Intravenous) diberikan dalam rawatan obstetrical untuk wanita mengandung yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko palsi serebrum dan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).  Mg diperlukan sebagai makanan tambahan untuk wanita mengandung.
 

20.  Osteoporosis – tanpa jumlah Mg yang seimbang, kalsium dan Vitamin D tidak dapat diserap, mengakibatkan pereputan tulang.
 

21.  Sindrom Raynaud – Mg membantu menenangkan saluran darah spastik untuk melegakan kesakitan dan kebas pada jari.
 

22.  Pereputan gigi – kekurangan Mg mengakibatkan jumlah fosforus dan kalsium tidak seimbang dalam air liur, mengakibatkan kerosakan gigi.

Bahan dipetik daripada Dean, Carolyn. The Miracle of Magnesium (2003 Ballantine Books: New York, NY), 2003. Pp.5-7.

 

 

Transdermal Magnesium Therapy

Dr Mark Sircus, penulis buku “Transdermal Magnesium Therapy” telah menyatakan kesan positif berikut terhadap penggunaan Magnesium secara transdermal

  • Membantu masalah darah tinggi

 

  • Tanda atau bintik penuaan akan berkurang dan hilang jika kerap menggosok pada kulit

 

  • Urut pada sendi arthiritis dapat membantu menghilangkan kesakitan

 

  • Semburkan ke dalam mulut beberapa kali sehari akan mencergaskan organ dalaman mulut (medulla elongate), dan merangsang enamel gigi

 

  • Mandian Mg memberi kelegaan dan pada masa yang sama membekalkan Mg ke sel-sel.

 

  • Membantu menghalang diabetes. Ia merangsang rembesan insulin, memudahkan metabolisma gula. Tanpa Mg, insulin tidak dapat memindahkan glukos ke dalam sel-sel.

 

  • Membantu menghalang strok dan penyembuhannya

 

  • Membantu insomnia

 

  • Kesihatan jantung

 

  • Pengeluaran Tenaga Keseluruhan (ATP)

 

  • Membantu mengekalkan ingatan

 

  • Mg penting untuk menyah toksin dan logam berat

 

  • Membantu membina tulang dan protein

 

  • Semburkan pada kulit yang berkedut, dapat membantu kulit menjadi licin

 

  • Menenangkan sistem saraf

 

  • Membantu masalah autistik

 

  • Mekanisma anti-kolestrol

 

  • Asma – kekurangan Mg meningkatkan pengeluaran histamin dan kejang bronkial

 

  • Cystitis – kekurangan Mg mengakibatkan kejang / radang pundi kencing bertambah buruk

 

  • Menghalang Sindrom Premenstrual dan kejang semasa haid

 

  • Pereputan gigi – kekurangan Mg mengakibatkan jumlah fosforus dan kalsium tidak seimbang dalam air liur, mengakibatkan kerosakan gigi

 

  • Sindrom Raynaud – Mg membantu menenangkan saluran darah spastik untuk melegakan kesakitan dan kebas pada jari

 

  • Mg digunakan untuk merawat simptom saraf pusat vertigo

 

  • Kondisi muskuloskeletal seperti fibrositis, kejang otot, mata mengerenyit, sakit leher dan belakang serta fibromyalgia

 

  • Membantu rasa resah dan panik dengan memastikan tekanan hormon adrenal di dalam kawalan

 

  • Meningkatkan paras DHEA, iaitu tanda penuaan. DHEA merujuk kepada ”Master Hormone” dan jika dihasilkan pada paras yang mencukupi, mendorong pengeluaran hormon yang lain akan mengurangkan simptom penuaan.

 

**transdermal : penyerapan melalui kulit

Info : Deep Ocean Magnesium Oil

Deep Ocean Magnesium Oil mengandungi Magnesium Klorida mentah, pekat dan ultra tulen serta unsur-unsur mineral yang diambil daripada Ancient Zechstein Seabed di Utara Eropah. Tiada bahan-bahan lain yang ditambah melainkan sumber asli ini ditemui secara semulajadi terkumpul di bawah tanah. Deep Ocean Magnesium Oil dianggap sebagai “gold standard” (piawaian emas) oleh pengamal-pengamal untuk mengembalikan paras magnesium dalam sel-sel dengan cepat dan mudah diserap ke dalam kulit dan dasar tisu.

Deep Ocean Magnesium Oil Sebenarnya Bukan Minyak

Magnesium “Oil” adalah istilah yang dicipta pada awal perkembangan terapi magnesium transdermal. Ia adalah larutan magnesium klorida(31.60%) yang super-tepu dalam air bersama dengan unsur-unsur elemen yang lain. Larutan super-tepu ini mempunyai tekstur seperti minyak yang menjadikan ia sangat berkesan untuk penyerapan melalui kulit.

Berikut adalah antara faedah - faedah Deep ocean Magnesium Oil:

  • Mengembalikan tahap/paras magnesium ke dalam sel-sel
  • Memudahkan detoksifikasi dengan selamat
  • Melegakan kesakitan dan kekejangan
  • Menenangkan mood dan melegakan / menghilangkan tekanan
  • Menggalakkan tisu kulit yang sihat
  • Membantu mengekalkan fungsi otot
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Menenangkan saraf yang terlalu aktif
  • Meningkatkan kualiti tidur

Apa Kata Para Professional Tentang Aplikasi Magnesium Klorida secara Topikal

"Bentuk magnesium yang dikenal pasti oleh sistem metabolik manusia dan paling mudah ialah magnesium klorida, iaitu bentuk sama yang terkandung di dalam air laut, tetapi hanya sedikit sahaja magnesium dalam bentuk ini terdapat di pasaran kini. Rahsia penggunaan magnesium yang optima ialah melalui transdermal, iaitu melalui kulit, bukannya secara oral"

 

Daniel Reid
Penulis buku "The Toa of Detox"
 

“Dalam 4 minggu menggunakan Magnesium Oil, kesannya bersamaan dengan 10 dos intravena. Ianya sangat mudah, dan anda boleh lakukannya sendiri. Tiada risiko yang diketahui menggunakan magnesium melainkan anda mempunyai masalah buah pinggang”

Dr. Norman Shealy MD RhD
Penulis buku “Holy Water Sacred Oil”

 

“Adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah arthritis dan kekejangan otot untuk melegakan kesakitan dan mengendurkan otot-otot dengan mengambil manfaat dari Magnesium Oil. Kelegaan yang cepat, benar-benar menakjubkan!”

Dr. Mark Sircus
Penulis buku “Transdermal Magnesium Therapy”

Transdermal Magnesium Chloride VS Oral Magnesium Supplement

Transdermal Magnesium Klorida

Oral Magnesium Supplement (tablet/kapsul)

 

  • Penyerapan optimum

 

 

  • Penyerapan yang lemah

 

  • Meningkatkan paras hormon DHEA

 

 

  • Tidak meningkatkan paras hormon DHEA

 

  • Tidak menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit

 

 

  • Menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit

 

  • Melegakan kesakitan dan kekejangan apabila di sapu secara topical pada bahagian badan yang bermasalah

 

 

  • Tidak mempunyai faedah sedemikian

 

  • Mengambil masa selama 3 bulan untuk menambahkan magnesium dalam sel-sel pada tahap optimum

 

 

  • Mengambil masa selama 12 bulan atau lebih untuk menambahkan magnesium dalam sel-sel pada tahap optimum

 

  • Magnesium sampai ke sel-sel / tisu-tisu secara cepat dimana ia diperlukan

 

  • Magnesium tidak sampai ke sel-sel / tisu-tisu secara cepat dimana ia diperlukan

 




I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.