Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » R» Rooibos tea
Pencarian


Rooibos tea
 

5 Sebab UTAMA Mengapa Teh Rooibos Organik Health Builders Mempunyai Nilai Khasiat
Yang tidak terdapat pada yang lain!

1. Ditanam dan Tumbuh Secara Organik untuk Kesegaran Mutu yang Lebih Baik

Secara organik ditanam dan tumbuh di puncak kawasan terbaik penanaman teh di Daerah Maskam di Afrika Selatan untuk menawarkan kebaikan asli, Teh Rooibos Organik Health Builders ialah sejenis teh unik yang menghasilkan rasa kesegaran herba berkualiti yang sukar ditandingi!

Diusahakan di atas konsep estet jeni "vintage", penanamannya berdasarkan kepada pemilihan hanya bahan tanaman yang terbaik, penanaman benih tersendiri serta dibantu oleh penyelidikan jangka panjang dan projek-projek pembangunan untuk penghasilan, penuaian dan penyediaan bahan.

 

2. Daerah Maskam, Secara Geografi Dianugerah dengan Keadaan Terbaik untuk Penanaman

Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan keadaan terbaik dan paling sesuai untuk penanaman tersebut. Suatu kenyataan bahawa pentingnya tahun "vintage" dan kaitan ke atas rupa warna, mutu keharuman dan rasa daripada secawan teh tidak dapat dipersoalkan, rooibos - sejenis tanaman hidup - bergantung kepada keadaan alam sekitar, altitud (ketinggian), jenis tanah, keadaan cuaca seperti hujan, kabus di peringkat tertentu pada ahri tersebut, kehampiran dengan laut dan sebagainya . Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan kesemua yang disebutkan diatas untuk penanaman teh rooibos.

 

3. Tumpuan Hanya Pada Rooibos


Para petani di Daerah Maskam hanya menumpukan kepada penanaman rooibos. Penumpuan ini memastikan bahawa estet  rooibos memenangi hadiah penghasilan mutu terbaik dalam industri ini. Penumpuan menanam rooibos, dengan dibantu oleh iklim mikro unik menghasilkan teh rooibos herba bermutu yang sukar ditandingi. Tidak seperti petani di Daerah Sanveld yang menanam lain-lain hasil tanaman selain rooibos, petani-petani di Daerah Maskam lebih mementingkan selok belok penanaman rooibos.

 

4. Altitud (ketinggian).. Faktor Kemenangan

Walaupun rooibos boleh ditanam di sebarang ketinggian, iklim mikro amatlah dititikberatkan. Syarat utama ialah lebih tinggi ia ditanam, teh yang lebih baik akan dihasilkan. Sebabnya adalah mudah : udara yang lebih sejuk menghalang kelajuan penumbuhan tanaman, dan dengan itu memaksa ia menghasilkan dedaun yang lebih lembut dengan mutu rasa yang lebih baik. Di altitud yang lebih rendah, keseluruhan tanaman akan tumbuh dengan lebatnya, sekaligus menghasilkan teh yang lebih kasar dan mempunyai rasa yang kurang sedap / elok. Ketinggian diatas paras laut bagi Daerah Maskam ialah kira-kira 900m dan bagi Daerah Sanveld ialah 450m. Purata suhu musim panas dan musim sejuk ialah masing-masing 25 darjah dan 19 darjah. Iklim mikro suhu rendah altitud tinggi ini telah berjaya meraihkan 7 anugerah pingat emas untuk Daerah ini sepanjang 10 tahun lalu.

Kawasan gunung ganang tersebut yang terletak di dalam dan di atas jalur kabus mepunyai tanah-tanih terbaik uang sesuai untuk penanaman serta  penghasilan rooibos yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, di kawasan inilah terdapat rooibos yang tumbuh meliar secara asli.


5. Visi dan Misi

 

Kaedah yang digunakan juga menyumbang kepada cara penghasilan terakhir rooibos. Kemudahan pempasteuran yang terleta di tengah kawasan pengeluaran Maskam, menunjukkan bahawa ia berada di lokasi strategik yang memudahkan kesemua proses teh rooibos yang dikutip dari daerah sekeliling.

Pengeluar kami, Maskam Redbush Limited mempunyai visi untuk mengeluarkan teh rooibos bermutu tinggi yang paling konsisten dan memberi suatu barangan berintegriti kepada pelanggan yang dibuat melalui kawalan proses asli dari mula hingga akhir.. dari tanaman hingga ke cawan!

Disebabkan industri ini sentiasa berubah, Maskam Redbush Limited juga berniat untuk menetapkan tahap baru bagi industri rooibos serta memaju dan menaikkan taraf keseluruhan industri untuk faedah semua yang terlibat.

Sebab itulah dengan gabungan semua ciri jualan unik (USP) - dari dari daerah asal di mana tanaman teh rooibos ditanam, sehingga ke proses pengeluaran sebenar, cara pemasaran dan akhirnya sehingga ke mutu teh di dalam cawan, Teh Rooibos Organik Health Builders telah disahkan oleh Ecocert International of Germany sebagai menepati syarat - syarat Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mengenai pengeluaran barangan organik.

Ini bermakna yang Teh Rooibos Organik Health Builders adalah bebas daripada bahan kimia! Sesungguhnya, ia bersih dan asli. Anda kini dapat menikmati kebaikan khasiat Teh Rooibos Organik Health Builders tanpa perlu bimbang tentang bahan kimia!

 

Ciri - ciri Kesihatan dan Data Analitik

Program - program penyelidikan saintifik lengkap yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik Health Builders mempunyai faedah - faedah kesihatan. Antaranya ialah :

  • Ia kaya dengan bahan "volatile", bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tanin yang rendah
  • Ia membantu bagi perkembangan tulnag dan gigi yang kuat
  • Ia mengandungi elemen - elemen yang menjadikan kulit sihat
  • Ia mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
  • Ia mengandungi besi, kalium, kaprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolik
  • Ia tidak mengandungi asid oxalik dan oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang menghidapi karang buah pinggang
  • Ia baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
  • Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
  • Ia mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
  • Ia tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia

 

Nilai Khasiat Pemakanan

Satu cawan (3g / 200ml) Teh Rooibos Organik Health Builders mengandungi bahan-bahan berikut:

Nutrient Nutrient content
Besi (Fe) 0.07 mg
Kalium (K) 7.12 mg
Zink (Zn) 0.04 mg
Mangan (Mn) 0.04 mg
Kuprum (Cu) 0.07 mg
Kalsium (Ca) 1.09 mg
Natrium (Na) 6.16 mg
Magnesium (Mg) 1.57 mg
Fluorida (F) 0.22 mg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.